Products

Makanan snek tradisi masyarakat Melayu yang halal.Pelbagai jenis kerepek dari sumber tanam-tanaman seperti ubikayu, pisang, sukun dan keledek.

Bahan mentah yang berkualiti yang diperolehi dari kebun diproses untuk menghasilkan kerepek. Adunan bahan campuran dan herba terpilih masih mengekalkan resepi tradisi turun-temurun.Produk berkualiti, segar, rangup, lazat dengan rasa dan aroma asli turun - temurun.

Produk boleh ditempah dalam pek 5 kg, 1 kg dan 400gm ataupun mengikut saiz pek atau berat yang ditentukan oleh pelanggan / pengedar / peruncit.

Antara jenis-jenis kerepek yang tersedia adalah seperti berikut:

JENIS JENIS KEREPEK

1)Kerepek Ubi

Ubikayu segar dihiris nipis (bulat/jejari) dan digoreng.

2)Kerepek Ubi Pedas

Ubikayu dihiris nipis dan disalut campuran cili dan ramuan terpilih.

3)Kerepek Ubi Jejari

Ubikayu segar dihiris nipis (bulat/jejari) dan digoreng.

4)Kerepek Pisang

Pisang nangka segar dihiris nipis dan digoreng.

5)Kerepek Pisang Manis

Pisang nangka dihiris nipis bersalut campuran manisan terpilih digoreng. Rangup dan manis.

6)Kerepek Keledek Ungu

Resepi tradisi dari keledek segar dihiris nipis dan digoreng.

7)Keropok Bawang

Adunan tepung, bawang dan campuran rempah terpilih, diadun dan dihiris nipis menggunakan mesin khas.

8)Rempeyek Dhal

Resepi tradisi asli turun temurun. Campuran tepung, rempah dan herba terpilih ditabur dhal beserta ricihan daun kari.

9)Rempeyek Kacang Tanah

Resepi tradisi asli turun temurun. Campuran tepung, rempah dan herba terpilih ditabur kacang beserta ricihan daun kari.